Thursday, February 18, 2010

terus ke pulau pangkor

cuti tahun baru china bawa anak dan anak buah sebelah isteri bercuti distinsai lumut. lumut adalah sebuah bandar kecil berkepadatan 32k orang terletak didalam negeri perak dr, 12 km dari bandar setiawan dan merupakan pintu gerbang ke pulau pangkor. setelah puas berjalan di sekitar pekan lumut anak pertama mencadangkan ke pulau pangkor tujuan ingin merasai menaiki fari dan ingin mengenali pulau pangkor dengan lebih dekat. selepas sarapan di hotel sekitar jam 1000 kami ke jati penumpang untuk ke pulau pangkor.

30 minit masa yang diambil untuk sampai ke pulau pangkor dangan tambang rm10 untuk dawasa bagi perjalanan dua hala. didalam pelayaran ke pulau selain bergambar dan melihat lihat pemandangan dari fari kami berbincang apa pekara aktiviti yang hendak dilakukan setiba di pulau.

pulau pangkor terletak di negeri perak dr, di perairan selat melaka. luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25k orang. pulau pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di malaysia. tiba di pualu sekitar 1030 seperti yang di rancangkan semasa dalam feri kami mancari pemandu pelancong yang berkenderaan untuk membawa kami menjelajahi seluruh pulau pangkor. setelah berbincang dengan beberapa orang pemandu pelancong yang rata rata memandu van kami bersetuju dangan saorang apek bernama low man hong. uncle low bersetuju bayaran rm60 untuk membawa kami memjelajahi seluruh pulau dia adalah penduduk asal pulau berumur 58 tahun. lebih kurang 1130 kami meninggalkan pekan pangkor dan memulakan perjalanan antara tempat tempat yang dibawa ialah kota belanda. sejarah kota belanda ia dibina oleh syarikat hindia timur belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri perak pada tahun 1670. selain itu kami juga dibawa ke kilang memperoses makanan laut dan beberapa lagi tempat yang menarik seluruh pulau pangkor yang mengambil masa 2 jam lebih.

setelah hampir 3 jam menjelajah seluruh pulau kami di hantar semula ke pekan pangkor untuk membeli belah dan mengalas perut. lebih kurang 1530 kami meninggalkan pualu pangkor.

No comments: