Monday, December 16, 2013

terus ke universal studio s'pore

Percutian bersama2 anak dec '2013 

Universal Studios Singapore is a theme park located within Resorts World Sentosa on Sentosa IslandSingapore. On 8 December 2006, the Singapore government announced that the consortium had won the bid. Construction of the theme park and the rest of the resort started on 19 April 2007. It is the second Universal Studios theme park to open in Asia (Japan being the first), and the first in Southeast Asia. The official plans for the park were unveiled to the public when Universal Studios Singapore released a park map to the public on 20 October 2009. Universal Studios Singapore has since attracted more than 2 million visitors in the 9 months from its opening.

Minum dulu

Universal Studios Singapore is 20 hectares (49 acres) in size, occupying the easternmost part of the 49-hectare (120-acre) Resorts World Sentosa. There are a total of 24 attractions, of which 18 are original or specially adapted for the park. The park consists of seven themed zones which surround a lagoon. Each zone is based on a blockbuster movie or a television show, featuring their own unique attractions, character appearances, dining and shopping areas. The park features the world's tallest pair of dueling roller coastersthat are based on the popular television series, Battlestar Galactica; a castle from the world of Shrek and Monster Rock, a live musical show featuring the Universal Monsters. Universal Studios Singapore has over 30 restaurants and food carts, together with 20 unique retail stores and carts located around the park. Attractions premiering are marked "Premiere" and dining outlets that are certified Halal are marked with "Halal".

Universal Tokyo in Progress

Friday, December 06, 2013

terus dikenang

salut

perginya seorang pejuang,pejuang yg telah memerdekakan afrika selatan. muga ia aman disana.

Friday, August 23, 2013

teruslah bersujud



Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O'leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine dan stroke selain dapat menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim dan banyak lagi.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

"Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu" ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih".

Tuesday, July 09, 2013

terus membaca



 
Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi, bahawa pada setiap penghujung Sya`ban, Rasulullah saw bersabda:

"Wahai manusia, kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. 

Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik drpd seribu bulan. 

Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah. Sesiapa yg menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaik dan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan) dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. 

Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki orang2 yg beriman bertambah. Sesiapa yg menyediakan makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, tindakan itu akan mengampuni dosa2nya dan membebaskan dirinya drpd api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yg berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”. 

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa.” 

Lalu Rasulullah saw menjawab : “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala seperti itu kepada seseorang yg menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu. 

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya ialah rahmah, pertengahannya ialah pengampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka. 

Sesiapa yg meringankan bebanan drpd hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya drpd api neraka. Perbanyakkanlah sepanjang (Ramadhan) dengan 4 kegiatan; 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredhai Allah swt dan 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya. Adapun 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredai Allah ialah ucapan syahadah; “bahawa tiada Tuhan selain Allah” dan kamu memohon keampunan drpdNya. Adapun 2 kegiatan yg kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia ialah kamu memohon (balasan) syurga serta kamu memohon perlindungan-Nya drpd api neraka. 

Sesiapa yang member minuman kpd sesaorang yg berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga.”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya.)

Saturday, May 04, 2013

terus mengundi

pemimpin agong kita nabi saw memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

" sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)."

riwayat ahmad, al-nasai, dan al-tirmidhi. hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-albani.

Wednesday, May 01, 2013

teruslah memilih

tersalah pangkah burok padahnya slmt mengundi