Friday, October 09, 2009

teruslah tidur selepas

Selamat Hari Jumaat Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridloi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah : Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?

Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau hendak tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran. ( Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad walam yakullahuu kufuwan ahad 3 x )
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat. ( Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad 3 x )
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. ( Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih 3 x )
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh. ( Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar 3 x )

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

1 comment:

Pyanhabib said...

selamat hari raya haji!