Diriwayatkan
daripada Salman al-Farisi, bahawa pada setiap penghujung Sya`ban, Rasulullah
saw bersabda:
"Wahai
manusia, kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan.
Bulan
yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik drpd seribu bulan.
Bulan
yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan
menghidupkan malamnya
sebagai amalan sunnah. Sesiapa yg menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi
amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah
tersebut, dan sesiapa yang menunaik dan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan
Ramadhan) dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu
tersebut.
Ia
adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga
adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki
orang2 yg beriman bertambah. Sesiapa yg menyediakan makanan kepada seseorang
untuk berbuka puasa, tindakan itu akan mengampuni dosa2nya dan membebaskan
dirinya drpd api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yg
berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”.
Sahabat-sahabat
baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan
bahan berbuka seorang yang berpuasa.”
Lalu
Rasulullah saw menjawab : “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala seperti itu
kepada seseorang yg menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka
walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu.
Bulan
Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya ialah rahmah, pertengahannya
ialah pengampunan
dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka.
Sesiapa
yg meringankan bebanan drpd hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya
serta membebaskannya drpd api neraka. Perbanyakkanlah
sepanjang (Ramadhan) dengan 4 kegiatan; 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu
diredhai Allah swt dan 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu
kepadanya. Adapun 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredai Allah ialah
ucapan syahadah; “bahawa tiada Tuhan selain Allah” dan kamu memohon keampunan
drpdNya. Adapun 2 kegiatan yg kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia ialah
kamu memohon (balasan) syurga serta kamu memohon perlindungan-Nya drpd api
neraka.
Sesiapa
yang member minuman kpd sesaorang yg berpuasa maka Allah akan memberinya minuman
daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan
sehinggalah dia memasuki syurga.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah
dalam sahihnya.)
No comments:
Post a Comment