Rizab Antarabangsa Cecah RM291 Bilion
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM291 bilion (AS$79.2 bilion) setakat 15 Ogos, 2006.Dalam satu kenyataan Rabu, BNM berkata ini adalah mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 6.2 kali hutang luar jangka pendek.Rizab antarabangsa berjumlah RM289.3 bilion (AS$78.8 bilion) setakat 30 Jun 2006."Paras rizab itu mengambil kira pengubahsuaian-pengubahsuaian suku tahunan ke atas keuntungan penilaian semula pertukaran wang asing, berikutan peningkatan nilai matawang-matawang utama berbanding ringgit,"
BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment